• Experian CCRIS reports and services are now available as usual

[KUALA LUMPUR] 25 October 2021 – Bank Negara Malaysia (BNM) has accepted the findings of the security assessment provided by Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd (Experian) and is restoring Experian’s access to the Central Credit Reference Information System (CCRIS) on 25 October 2021, with immediate effect. Experian’s services and reports containing CCRIS data will then be available as normal to all businesses and consumers.

 

On 30 September 2021, BNM issued a temporary suspension of CCRIS access to all Credit Reporting Agencies (CRAs) including Experian as a proactive and precautionary measure due to a credible cyber threat.

 

In line with BNM’s directive, Experian conducted an extensive internal security investigation and engaged an independent global expert in cyber security to conduct a security compromise assessment. All investigations have found no evidence of any compromise in Experian’s systems, servers or facilities. Experian has also actively supported BNM in their investigation by providing all relevant compromise assessment documentation as requested by the central bank on 14 October 2021.

 

Consequently, BNM has lifted the suspension of Experian’s access to CCRIS.

 

Experian is a global industry leader in data security, operating 24 consumer credit bureaux globally, and invests heavily in cyber security with specialist teams, state-of-the-art technology and rigorous due diligence procedures to deal with potential threats. Experian’s Global Security Operations Centre works around the clock to identify suspicious or malicious activity, with teams on the ground in Malaysia, the UK and the USA, as well as automated tools and AI.

 

“As cyberthreats mount and the complexity of such threats advance, Experian understands how critically important it is for us to maintain global, best-in-class information security systems and protocols in place to protect the data integrity of businesses and consumers today and for the future. We frequently conduct regular checks and audits to ensure that we protect our IT infrastructure, edge devices, networks, and data. Above and beyond this is our people investment which consists of global leading information and cybersecurity security professionals and consultants, who put our systems through rigorous and robust stress tests and reporting. Another additional area where we demonstrate our commitment to Malaysia is through our attainment as the country’s only CRA to be awarded the global ISO27001:2013 information security certification since 2017.”

 

“As the first CRA in Malaysia to have its CCRIS access reinstated, Experian is currently working actively with clients and consumers to provide the support they may need to reestablish any information gaps they may have experienced over the course of this temporary disruption. Our goal is to enable them to return to business as usual expeditiously, with the highest level of service and commitment they have always received,” assured Dawn Lai, CEO, Experian Information Services (Malaysia).

 

Experian continues to make its JagaMyID identity monitoring service available for free for 3 months to all Malaysians as a precautionary measure to help Malaysian consumers safeguard their identities on the dark web. Consumers are encouraged to register for their free 3-month subscription to Experian JagaMyID at https://www.mycreditinfo.com.my/ before 31 October 2021.

 

 

Bank Negara Malaysia Meluluskan Semula Kebenaran Akses Untuk Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Kepada Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd

 

[KUALA LUMPUR] 25 October 2021 – Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerima hasil siasatan berhubung dengan penilaian keselamatan oleh Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd (Experian). Berkuatkuasa serta merta pada 25 Oktober 2021, BNM memulihkan akses Central Credit Reference Information System (CCRIS) untuk syarikat tersebut. Ini sekaligus membolehkan perkhidmatan dan laporan oleh Experian yang mengandungi data CCRIS akan tersedia seperti biasa kepada semua perniagaan dan pengguna.

 

Pada 30 Sept, Bank Negara telah mengumumkan penggantungan sementara akses CCRIS kepada semua Agensi Pelaporan Kredit (APK) termasuk Experian sebagai langkah proaktif dan berjaga-jaga kerana ancaman siber. Selaras dengan arahan BNM, Experian telah menjalankan penyiasatan keselamatan dalaman yang meluas dan melibatkan pakar-pakar bebas global dalam keselamatan siber untuk menjalankan penilaian kompromi keselamatan. Setiap penyiasatan yang dilakukan tidak menemui sebarang bukti adanya kompromi dalam sistem, pelayan atau fasiliti milik Experian. Selain itu, Experian juga secara aktif menyokong BNM dalam siasatan mereka dengan menyediakan semua dokumentasi penilaian kompromi yang berkaitan seperti yang diminta oleh bank pusat pada 14 Oktober 2021. Justeru, BNM telah menarik semula penggantungan akses Experian kepada CCRIS.

 

Experian merupakan peneraju global dari segi industri keselamatan data, mengendalikan 24 biro kredit pengguna di seluruh dunia, dan banyak melabur dalam keselamatan siber bersama pasukan pakar, teknologi terkini dan menjalankan prosedur ketat untuk menangani potensi ancaman. Pusat Operasi Keselamatan Global Experian berfungsi sepanjang masa untuk mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan atau berniat jahat, dengan pasukan-pasukan yang berada di Malaysia, UK dan Amerika Syarikat, serta berpandukan peralatan automatik dan AI.

 

“Apabila ancaman siber semakin meningkat dan kerumitan ancaman tersebut semakin meningkat, Experian memahami betapa pentingnya untuk kami mengekalkan sistem dan protokol keselamatan maklumat global yang mempunyai taraf terbaik untuk melindungi integriti data perniagaan dan para pengguna hari ini masa

hadapan. Kami kerap menjalankan semakan dan audit berkala untuk memastikan setiap infrastruktur IT, peranti tepi, rangkaian dan data ilindungi. Tambahan lagi, kami melabur ke arah kakitangan kami sendiri yang terdiri daripada kumpulan profesional dan perunding keselamatan maklumat serta keselamatan siber terkemuka di dunia global, yang menguji dan mengesahkan keberkesanan sistem kami melalui ujian tekanan dan laporan yang ketat. Satu lagi bidang tambahan di mana kami menunjukkan komitmen kami kepada Malaysia adalah melalui pencapaian kami sebagai satu-satunya APK negara yang dianugerahkan pensijilan keselamatan maklumat global ISO27001:2013 sejak 2017.

 

“Sebagai APK pertama di Malaysia yang dimana akses CCRIS kini dipulihkan, Experian kini bekerjasama secara aktif dengan pelanggan dan pengguna untuk segala sokongan yang diperlukan bagi memulih semula sebarang jurang maklumat sepanjang gangguan sementara ini. Matlamat kami adalah untuk membolehkan mereka kembali berniaga seperti biasa dengan pantas, dengan tahap perkhidmatan dan komitmen tertinggi yang selalu mereka terima,” kata Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, Experian Information Services (Malaysia).

 

Experian terus menyediakan perkhidmatan pemantauan identiti JagaMyID secara percuma selama 3 bulan kepada semua rakyat Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga untuk membantu pengguna Malaysia melindungi identiti mereka di laman web gelap. Para pengguna digalakkan mendaftar untuk langganan 3 bulan percuma mereka untuk Experian JagaMyID di https://www.mycreditinfo.com.my/ sebelum 31 Oktober 2021.