KUALA LUMPUR, 11 FEBRUARY 2022 - New Year is a time where many make New Resolutions for better health, finances and personal growth. During this Lunar New Year period, many Malaysians are hoping to usher in the Year of the Tiger with a roar. The new year celebrations are all about family and new beginnings, where the young and old come together to celebrate life and plan for better fortunes ahead. Let’s take financial goals into our own hands and guide our paths to better financial health!

 

The Know Money Campaign is part of Experian’s ongoing initiative to provide holistic financial literacy to empower Malaysians about the importance of credit health for better personal financial control and management.

 

How Can We Be Courageous Like the Tiger In 2022?

 

Confidence comes with the right knowledge, and managing one’s finances is an important foundation. Experian Information Services (Malaysia), the Credit Reporting Agency, believes that like any new year resolution, everyone should make firm plans for their financial goals to successfully achieve them. This applies to Malaysians of all ages - from young adults to those married with kids and planning for retirement.

 

Dawn Lai, Chief Executive Officer of Experian Information Services (Malaysia) said, “We understand it has not been easy for many Malaysians to manage their finances, especially in the last two challenging COVID-19 years. With this, Experian continues on our partnership with RinggitPlus to share bite-sized tips, facts and actions, to help us shore up our financial literacy knowledge to build a better financial future together.”

 

With this in mind, Experian shares its advice on how to make financially sound New Year Resolutions in collaboration with the Malaysian Literacy Survey 2021 by RinggitPlus.

  1. Set Money Goals!

We’ve just entered a new year, with a new moon, and there is so much to achieve! But when it comes to money goals, the trick is to pick out one or two which truly matters to you. And focus on what you can to work towards those goals. If you want to start saving or recovering from exhausted savings, start small and build it up across the year. This will give you more confidence and motivation when you see the fruits of your labour grow.

 

Facts:

  • The economic impact of COVID-19 affected most Malaysians in their ability to save.
  • 21% could not save in 2021 vs 19% in 2020.
  • Malaysians are now actively building their emergency funds. 63% of Malaysians are saving money in 2021 after the 2020 survey noted that 27% realised the importance of having one.

Know Money Advice?

Be on top of your credit report so that you can:

  • Assess your debt and personal state of credit.
  • Create a plan to pay off or restructure loans.
  • Learn to build savings systematically.
  1. Plan for Something This Year and Then Aim for Longer-Term Goals!

Wishes and Goals are 2 different things:

  • A wish is having a desire or hope to save more money.
  • A goal is something that you have carefully planned, and calculated on how you can ensure it is realised by a certain time.

So, make a plan with short and long-term goals. Stay focused like a tiger on a hunt to make it happen.

 

 Facts:

  • Heightened awareness on retirement planning, but the lackadaisical attitude remains.
  • RM54/per month EPF savings for average Malaysian retiree.
  • Many more Malaysians are realising that their EPF savings are not enough for retirement. This has likely been exacerbated by the various EPF withdrawal schemes in 2020 and 2021.

Know Money Advice?

  • Pay yourself first – always put aside something for yourself monthly, even if it’s a small amount.
  • Manage cash flow diligently.
  • Put aside money for savings and investments.

Learn and gain knowledge for financial management towards retirement.

  1. Celebrate Milestones Along the Way!

A tiger will stalk its prey patiently before pouncing in on its target to enjoy a good meal. Most of us have goals we target and most often than not, we only celebrate our milestones. For now, it’s important to celebrate small successes as well as major accomplishments.

 

 Facts:

  • Malaysians’ personal finance habits have barely changed in the new normal.
  • 50% of respondents cannot survive more than 3 months with their savings if they lose their jobs (vs 53% in 2020). Malaysians are spending more than what they earn.

Know Money Advice?

When you're financially knowledgeable, you will understand how to allocate your income towards various goals such as ongoing expenses, savings, debt repayment and an emergency fund too. To Become Financially Literate, you will need to:

  • Start taking advantage of free resources i.e., track your spending patterns.
  • Find out whether the company you work for offers free financial counselling or financial wellness programmes.

Ask for help. Expert help is also always available from credit counselling agencies.

 

  1. Overcome Obstacles and Never Give Up!

Even the tiger will face obstacles – such as a herd of elephants - that it needs to find a way around. In life, it may be balancing your work and family life. Whatever your current situation, it may help to write down your obstacles and come up with a resolution plan.

 

Facts:

  • There has been a significant shift towards digital transactions and payments. More Malaysians are using multiple e-wallets, suggesting that there is a greater willingness to invest in digital assets.
  • This new normal has brought unprecedented efficiency and convenience, but it also has created an increase in payment-related frauds, which calls for more attention.

Know Money Advice?

An identity theft monitoring tool will help Malaysian consumers track their digital identities that may have been compromised or sold on the dark web. Through this, consumers’ identities are kept safe and their finances protected.

 

  1. Correct the Course when required

While working towards your financial goals, you may need to make adjustments along the way. The most important thing is to contribute whatever you can to your goals until you're back on solid ground. So be agile as a tiger and flexible, as long as you stay true to your core principles and long-term aim.

 

 Facts:

  • Out of 14.9 million total Malaysian workforces, youths make up 33% of the workforce in Malaysia.
  • They tend to have worse personal finance habits compared to the rest of the population.

Know Money Advice?

Financial literacy - Start them from a young age: It’s never too late, but it’s not too early either!

 

Experian is well-equipped with its expertise and solutions, and is here to help you achieve your financial goals. The Know Money Campaign plays a pivotal role in increasing credit health awareness as it highlights the importance of maintaining good credit health in managing personal finances. It is crucial for you to be more financially literate immediately so that you can get started on the right track with your financial New Year Resolutions.

 

To know more on how you can get started, visit https://www.mycreditinfo.com.my/home/knowmoney/

 

 

Tahun Harimau Ini – Ubah Nasib Anda dan Tumpu kepada Matlamat Kewangan untuk satu Permulaan yang Lebih Baik

 

Experian berkongsi bagaimana rakyat Malaysia boleh “Know Money” dengan lebih berkesan pada 2022

 

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2022 - Tahun Baru adalah masa di mana ramai orang akan membuat Azam Baru untuk mencapai tahap kesihatan, kewangan dan perkembangan peribadi yang lebih baik. Semasa Tahun Baru Cina ini, ramai rakyat Malaysia berharap untuk mengalu-alukan kedatangan Tahun Harimau dengan semangat sang belang. Sambutan tahun baru adalah mengenai kekeluargaan dan permulaan baru, di mana generasi muda dan tua berkumpul bersama-sama bagi meraikan kehidupan dan merancang untuk mengubah nasib menjadi lebih baik di masa hadapan. Inilah masanya untuk kita mula mengawal matlamat kewangan kita sendiri dan menempa haluan kita ke arah kesihatan kewangan yang lebih baik!

 

Kempen Know Money adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Experian dalam menyediakan ilmu kewangan yang menyeluruh bagi memperkasakan rakyat Malaysia mengenai kepentingan kesihatan kredit agar mereka dapat mengawal dan menguruskan kewangan peribadi dengan lebih baik.

 

Bagaimana Kita Boleh Menjadi Berani Seperti Sang Harimau Pada 2022?

 

Keyakinan akan datang dengan ilmu yang betul, dan ilmu pengurusan kewangan adalah salah satu asas penting yang perlu dimiliki oleh seseorang itu. Experian Information Services (Malaysia), salah sebuah Agensi Pelaporan Kredit terkemuka di Malaysia, yakin bahawa sama seperti mana-mana azam tahun baru yang lain, setiap orang perlu membuat perancangan yang mantap bagi memastikan mereka berjaya mencapai matlamat kewangan mereka. Ini termasuklah semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia - daripada golongan muda hinggalah kepada mereka yang telah berumah tangga serta mempunyai anak dan mereka yang merancang untuk bersara.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Experian Information Services (Malaysia), Dawn Lai berkata, “Kami memahami bahawa bukan mudah untuk kebanyakan rakyat Malaysia menguruskan kewangan mereka, terutamanya dalam tempoh dua tahun lepas yang serba mencabar akibat COVID-19. Dengan ini, Experian meneruskan kerjasama kami dengan RinggitPlus untuk berkongsi tip, fakta dan tindakan mudah yang boleh diambil, bagi membantu kami meningkatkan pengetahuan celik kewangan agar kita dapat membina masa depan kewangan yang lebih baik bersama-sama.”

 

Dengan mengambil kira perkara ini, Experian berkongsi nasihatnya tentang cara untuk membuat Azam Tahun Baru yang mantap dari segi kewangan dengan kerjasama Malaysian Literacy Survey 2021 oleh RinggitPlus.

  1. Tetapkan Matlamat Wang!

Kita baru sahaja memasuki tahun baru, dengan bulan baru, dan terdapat banyak lagi perkara yang perlu dicapai! Tetapi apabila menyentuh mengenai matlamat wang, caranya ialah dengan memilih satu atau dua perkara yang benar-benar penting bagi anda, dan fokus kepada apa yang boleh anda lakukan untuk mencapai matlamat itu. Jika anda mahu mula menyimpan atau menambah semula simpanan yang telah dihabiskan, mulakan dengan jumlah yang kecil dan tambah sedikit demi sedikit sepanjang tahun. Ini akan menjadikan anda lebih yakin dan bermotivasi apabila anda melihat hasil titik peluh anda berkembang.

 

Fakta:

  • Impak ekonomi COVID-19 menjejaskan keupayaan penjimatan wang di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia.
  • 21% tidak dapat menyimpan pada 2021 berbanding 19% pada 2020.
  • Rakyat Malaysia kini aktif membina tabung kecemasan mereka. 63% rakyat Malaysia menyimpan wang pada 2021 selepas kajian pada 2020 mendapati bahawa 27% menyedari tentang kepentingan untuk memiliki tabung kecemasan.

Nasihat Know Money?

Ketahui status laporan kredit anda supaya anda boleh:

  • Menilai hutang dan keadaan kredit peribadi anda.
  • Membentuk sebuah pelan untuk membayar penuh atau menstrukturkan semula pinjaman.
  • Belajar untuk menambah simpanan secara sistematik.
  1. Rancang untuk Mencapai Sesuatu Tahun Ini dan Kemudian Sasar Matlamat Jangka Panjang!

Hasrat dan Matlamat adalah 2 perkara berbeza:

  • Hasrat ialah keinginan atau harapan untuk menyimpan lebih banyak wang.
  • Matlamat ialah sesuatu yang boleh anda rancang dengan teliti, dan membuat perkiraan mengenai cara untuk memastikan ianya dapat direalisasikan dalam tempoh yang tertentu.

Oleh itu, buat sebuah rancangan dengan matlamat jangka pendek dan panjang. Kekal fokus, bak sang harimau yang sedang memburu, bagi memastikan matlamat itu berjaya dicapai.

 

Fakta:

  • Tahap kesedaran mengenai kepentingan perancangan persaraan semakin meningkat, tetapi sikap sambil lewa mengenainya terus kekal.
  • Purata simpanan KWSP untuk pesara Malaysia ialah RM54 sebulan.
  • Semakin ramai rakyat Malaysia yang menyedari bahawa simpanan KWSP mereka tidak cukup untuk persaraan. Keadaan ini mungkin telah diburukkan lagi oleh pelbagai skim pengeluaran KWSP pada 2020 dan 2021.

Nasihat Know Money?

  • Utamakan diri anda – sentiasa menyimpan untuk diri anda sendiri pada setiap bulan, walaupun dalam jumlah yang sedikit.
  • Urus aliran tunai sewajarnya.
  • Asingkan wang untuk simpanan dan pelaburan.
  • Belajar dan dapatkan ilmu pengurusan kewangan untuk persaraan.
  1. Raikan Pencapaian di Sepanjang Perjalanan!

Menjadi lumrah sang harimau akan memperhatikan mangsanya dengan sabar sebelum menerkam sasarannya untuk menikmati habuan. Kebanyakan daripada kita mempunyai matlamat yang kita sasarkan dan selalunya, kita hanya meraikan pencapaian kita. Kali ini, adalah penting untuk kita meraikan semua kejayaan kecil serta pencapaian besar.

 

Fakta:

  • Tabiat kewangan peribadi rakyat Malaysia tidak banyak berubah dalam normal baharu.
  • 50% responden tidak boleh bertahan lebih daripada 3 bulan dengan simpanan mereka jika mereka hilang pekerjaan mereka (berbanding 53% pada 2020). Rakyat Malaysia berbelanja lebih daripada pendapatan mereka.

Nasihat Know Money?

Apabila anda memiliki ilmu kewangan, anda akan mengetahui cara untuk memperuntukkan pendapatan anda untuk pelbagai matlamat seperti perbelanjaan, simpanan, bayaran balik hutang dan dana kecemasan juga. Untuk Menjadi Celik Kewangan, anda perlu:

  • Mula mengambil kesempatan ke atas sumber yang boleh didapati secara percuma seperti menjejaki corak perbelanjaan anda.
  • Pastikan sama ada syarikat di mana anda bekerja menawarkan program kaunseling kewangan atau kesejahteraan kewangan secara percuma.
  • Minta bantuan. Bantuan pakar juga sentiasa boleh didapati daripada agensi kaunseling kredit.

 

  1. Atasi Halangan dan Jangan Sesekali Berputus Asa!

Harimau pun terpaksa berdepan dengan halangan, seperti sekawan gajah, yang perlu diatasinya. Dalam kehidupan, ia mungkin seperti mengimbangi antara kerjaya dan keluarga anda. Apa pun situasi semasa anda, anda boleh mengatasinya dengan mencatatkan halangan anda dan merangka pelan penyelesaian.

 

Fakta:

  • Terdapat peralihan yang ketara terhadap transaksi dan pembayaran digital. Lebih ramai rakyat Malaysia kini menggunakan beberapa e-dompet, menunjukkan bahawa terdapat kesediaan yang lebih besar untuk melabur dalam aset digital.
  • Norma baru ini telah membawa kecekapan dan kemudahan yang belum pernah dialami sebelum ini, tetapi ia turut mewujudkan peningkatan penipuan berkaitan pembayaran, yang memerlukan lebih perhatian.

Nasihat Know Money?

  • Keperluan untuk melindungi Identiti dan Data Digital anda adalah penting, terutamanya bagi golongan muda yang menjadi pengguna aktif.
  • Alat pemantauan kecurian identiti boleh membantu pengguna Malaysia menjejaki identiti digital mereka yang mungkin telah disalahgunakan atau dijual di laman sesawang gelap atau dark web. Menerusi cara ini, identiti pengguna akan kekal selamat dan kewangan mereka dilindungi.

 

  1. Ambil Langkah Pembetulan apabila Diperlukan

Dalam perjalanan ke arah mencapai matlamat kewangan anda, anda mungkin perlu membuat beberapa penyesuaian. Perkara yang paling penting ialah untuk terus menyumbang setakat yang anda mampu ke arah mencapai matlamat anda sehingga anda dapat mengukuhkan semula kedudukan kewangan. Oleh itu, anda perlu menjadi tangkas seperti sang harimau dan fleksibel, asalkan anda terus kekal dengan prinsip utama dan sasaran jangka panjang anda.

 

Fakta:

  • Golongan muda mewakili 33% daripada keseluruhan 14.9 juta tenaga kerja di Malaysia.
  • Mereka cenderung untuk mempunyai tabiat kewangan peribadi yang buruk berbanding populasi lain.

Nasihat Know Money?

Celik kewangan - Memulakan dari usia muda: Tiada istilah terlalu lewat atau terlalu awal untuk mula belajar!

 

Experian memiliki kepakaran dan penyelesaian yang serba lengkap, dan sedia membantu anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Kempen Know Money ini memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kredit kerana ia menekankan tentang kepentingan untuk mengekalkan kesihatan kredit yang baik dalam menguruskan kewangan peribadi. Adalah penting untuk anda segera menjadi lebih celik kewangan bagi memastikan anda bermula di atas landasan yang betul  ke arah merealisasikan Azam Tahun Baru kewangan anda.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana anda memulakan perjalanan celik kewangan anda, sila kunjungi https://www.mycreditinfo.com.my/home/knowmoney/