Enhanced Security Features for your Experian Account Coming Soon.

Login with 2-Step Verification to keep your account and identity safe

Mulai 13 Ogos 2022, anda akan menerima e-mel pengaktifan pendaftaran Pengesahan 2-Langkah untuk akaun anda. Langkah ini adalah untuk anda menikmati perlindungan yang lebih baik setiap kali anda log masuk, memastikan identiti dan akaun anda selamat. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Pengesahan 2-Langkah, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan melalui e-mel di customer-my@experian.com atau di talian 03-2615 1111.

Di Experian, keselamatan identiti dan data adalah keutamaan kami dan kami mendukung standard keselamatan terbaik. Untuk melindungi akaun Experian anda, kami perlu pengesahan peningkatan pada proses log masuk anda.

Berikut adalah beberapa soalan dan jawapan yang biasa ditanya mengenai pengubahan ini. Click here for English FAQ.

We are introducing 2-Step Verification to your login. In addition to your User ID and Password, you will be requested to complete a second verification. For example, this could be answering a security question or entering a One-Time Pin (OTP) obtained via email or mobile app for a more secure login.

Ini adalah untuk memastikan kami dapat melindungi akaun anda dengan lebih baik. Pengesahan 2-Langkah ini menyediakan lapisan keselamatan tambahan yang digunakan untuk mengesahkan identiti pengguna apabila mereka log masuk ke aplikasi.

Mulai 13 Ogos 2022, e-mel pengaktifan akan dihantar daripada Experian Admin (noreply@auth-apac.secure.experian.com) ke alamat e-mel berdaftar anda, dengan langkah yang jelas dan mudah untuk membimbing anda melalui proses tersebut. Ini hanya memerlukan beberapa minit untuk mengaktifkan pilihan pengesahan anda. Bergantung pada platform, anda mungkin diberi pilihan antara soalan keselamatan, pengesahan e-mel atau memuat turun aplikasi mudah alih untuk menjana OTP.

Selepas anda berjaya mengaktifkan Pengesahan 2-Langkah, seperti biasa sila log masuk dengan pilihan pengesahan anda yang telah dikemas kini.

Mulai 13 Ogos 2022, e-mel pengaktifan akan dihantar daripada Experian Admin (noreply@auth-apac.secure.experian.com) ke alamat e-mel berdaftar anda. Anda hanya memerlukan beberapa minit untuk mengaktifkan akaun anda melalui langkah yang jelas dan seperti didalam e-mel tersebut.

Ini akan dilancarkan secara progresif dan berkumpulan mulai 13 Ogos 2022. Sila beri perhatian kepada pengaktifan e-mel daripada Experian Admin (noreply@auth-apac.secure.experian.com).

Jika anda belum menerima sebarang e-mel daripada kami, akaun anda belum lagi diperlukan untuk proses pengesahan 2-Langkah.

Sila semak folder “junk mail” atau “spam” anda untuk e-mel pengaktifan daripada Experian Admin (noreply@auth-apac.secure.experian.com). Anda boleh mempertimbangkan untuk menambah noreply@auth-apac.secure.experian.com pada “Safe Sender List” anda.

Sila Perkhidamatan Pelanggan di emel customer-my@experian.com atau di talian 03-2615 1111 jika anda masih tidak menerima e-mel.

Ya. Kami memperkenalkan Pengesahan 2-Langkah pada log masuk anda untuk melindungi akaun Experian anda dengan lebih baik.

Anda perlu mengaktifkan Pengesahan 2-Langkah sebelum anda boleh log masuk ke platform Experian.

Sila ambil perhatian bahawa pautan pengaktifan akan tamat tempoh selepas 7 hari dari tarikh e-mel dihantar.

Jika anda lupa kata laluan anda, sila pilih “Need help signing in?” diikuti oleh “Forgot Password” untuk cuba menetapkan semula kata laluan anda.

Jika masih tidak berhasil, sila hubungi kami di customer-my@experian.com atau di talian 03-2615 1111 untuk mendapatkan bantuan.

Hanya 1 kaedah pengesahan diperlukan semasa Pengesahan 2-Langkah. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk menubuhkan lebih daripada 1 kaedah untuk kemudahan anda.

Untuk menubuh “Okta Verify”, anda dikehendaki memuat turun aplikasi “Okta Verify” daripada Apple Store atau Google Play Store dan mengimbas kod QR dari skrin sebelum memberikan pin 6-digit daripada aplikasi itu.

Selepas melengkapkan penubuhan aplikasi mudah alih 1-kali, anda boleh mula menggunakan pin 6-digit yang dijana daripada Okta Verify untuk Pengesahan 2-Langkah pada platform Experian (Malaysia).

Selepas anda mengaktifkan Pengesahan 2-Langkah, anda perlu menggunakan ID Pengguna, Kata Laluan baharu dan melengkapkan pengesahan langkah kedua dengan menjawab soalan keselamatan atau memasukkan One-Time-Pin (OTP) yang diperoleh melalui e-mel atau aplikasi mudah alih.

Anda perlu mengaktifkan akaun Pengesahan 2-Langkah. Sila beri perhatian kepada e-mel pengaktifan yang dihantar daripada Experian Admin (noreply@auth-apac.secure.experian.com) ke alamat e-mel berdaftar anda, dengan langkah yang jelas dan mudah untuk membimbing anda melalui proses tersebut.

  • Untuk pengguna SPeKAR dan SPeKAR Billing: Mulai 13 Ogos 2022, anda perlu mengaktifkan akaun Pengesahan 2-Langkah anda, untuk tetapan semula kata laluan anda. Sila beri perhatian kepada e-mel pengaktifan yang dihantar daripada Experian Admin (noreply@auth-apac.secure.experian.com) ke alamat e-mel berdaftar anda.
  • Pengguna CrediTrack: Anda boleh menetapkan semula kata laluan anda melalui pautan “Forgot Password” pada platform CrediTrack.

Pautan pengaktifan akan tamat tempoh selepas 7 hari dari tarikh e-mel dihantar. Jika pautan anda telah tamat tempoh, kami akan menghantar e-mel pengaktifan baru secara automatik ke e-mel berdaftar anda. Sila gunakan pautan pengaktifan terkini untuk mengaktifkan Pengesahan 2-Langkah secepat mungkin.

Sila hubungi Perkhidamatan Pelanggan di customer-my@experian.com atau di talian 03-2615 1111 untuk mendapatkan bantuan.

Ya, jika anda mempunyai lebih dari 1 langganan dengan Experian, anda akan menerima e-mel pengaktifan untuk melengkapkan Pengesahan 2-Langkah bagi setiap akaun.

Sila semak dengan pasukan sokongan IT anda untuk whitelist maklumat berikut:

  • E-mel: noreply@auth-apac.secure.experian.com
  • Domain: Experian.com

Sila tunggu sehingga 2 minit untuk menerima e-mel OTP. Semak folder “junk mail” atau “spam” anda untuk e-mel OTP daripada Experian Admin (noreply@auth-apac.secure.experian.com). Anda boleh mempertimbangkan untuk menambah noreply@auth-apac.secure.experian.com pada Safe Sender List anda.

Jika anda masih tidak menerima e-mel OTP, anda boleh meminta untuk menghantar semula e-mel OTP baharu melalui pilihan pada skrin.

Kami tidak dapat mengubah OTP e-mel yang dijana oleh sistem ke alamat e-mel lain yang tidak didaftarkan di bawah ID Pengguna anda. Sila hubungi Pentadbir anda untuk mengemas kini alamat e-mel ID Pengguna anda.

Ini adalah pemberitahuan sistem untuk memaklumkan pengguna berdaftar tentang sebarang perubahan pada alamat e-mel mereka. Jika anda tidak membuat permintaan ini, sila hubungi Perkhidamatan Pelanggan di customer-my@experian.com atau di talian 03-2615 1111.

Sila hubungi Perkhidamatan Pelanggan melalui e-mel di customer-my@experian.com atau di talian 03-2615 1111.

Jika anda telah mengaktifkan Pengesahan 2-Langkah, anda boleh mengklik pada pautan “Need Help Signing In?”, klik pada Forgot Password dan ikut arahan untuk menetapkan semula kata laluan melalui e-mel.

Sila hubungi Perkhidamatan Pelanggan melalui e-mel di customer-my@experian.com atau di talian 03-2615 1111.

Sila hubungi Perkhidamatan Pelanggan melalui e-mel di customer-my@experian.com atau di talian 03-2615 1111.

Jika akaun anda dikunci selepas beberapa percubaan yang salah, anda akan menerima e-mel untuk memberitahu anda bahawa akaun anda dikunci. Klik pautan dalam e-mel untuk unlock akaun anda.

Sebagai pentadbir akaun, anda boleh menetapkan semula kata laluan bagi pihak pengguna dan tidak boleh memberikan kata laluan kepada pengguna. Notifikasi e-mel akan dihantar kepada pengguna dengan arahan untuk membimbing mereka.

Kami tidak menggalakkan perkongsian log masuk kerana kebimbangan keselamatan. Sila hubungi pentadbir anda untuk meminta akses individu.

Anda boleh memilih untuk menggunakan aplikasi mudah alih – Okta Verify (muat turun daripada Apple Store atau Google Play Store) atau Soalan Keselamatan sebagai Pengesahan 2-Langkah. Pilihan tersebut tidak memerlukan anda menerima e-mel luaran.

Anda boleh memilih “Security Question” atau “E-mail OTP” sebagai Pengesahan 2-Langkah anda. 2 pilihan ini tidak perlu menggunakan telefon anda.

Anda boleh memilih “Security Question” sebagai Pengesahan 2-Langkah anda. Pilihan ini tidak perlu menggunakan telefon anda atau menerima e-mel luaran.